Followers

Wednesday, 6 June 2012

makan2 dgn Family

7/62012
salam sayang Dannia Addriana...


semalam aku keluar pergi makan-makan dengan family aku. kitorang sekeluarga keluar besama. dah lame dah kitorang tak keluar sesame sbb selalu adik aku yang no 2 tu mesti ada jek hal la. semalam jugak aku yang belanja diorang semua sbb saje jek nak gune duit gaji aku tu.... buat apa duit banyak2 tapi boring jek xde wat pape....


tapi duit gaji aku tu memang kene simpan sikit sbb raya tahun ni aku nak beli barang2 untuk raya. macam tahun lepas duit aku habis dalam RM1000.00 sbb beli baju, beg n kasut.


tahun ni mak kasi duit dalam RM200.00. RM100 mak suruh beli baju kurung, tiap2 tahun mak memang kene belikan aku baju kurung dengan duit mak. pastu yang lagi RM100.00 tu mak suruh aku beli kek sendiri n beli lah apa2 jek barang. mesti orang pelik kan kenapa birthday sendiri aku yang kene beli kek. mak aku tau aku ni jenis cerewet pastu demand semacam, aku tak macam adik2 aku yang leh terima ape jek yang family belikan atau kasi. Tapi aku tahu ape jek yang aku beli family aku pasti suka. aku suka beli benda yang bagi aku sedap tak kira lah murah atau mahal, yang penting aku suka. Part baju raya lak, aku rasa aku nak cari baju warna unggu lembut n harga dia Dalam RM200.00, mak kasi seratus pastu aku tambah seratus. warna unggu lembut ni warna tema untuk adik aku n gf dia tapi aku saja jek nak menyebok.


Kalau masuk bab kek lak aku rasa tahun ni aku nak beli kek kat Secret recipe la. budget mungkin dalam RM100.00. kalau kat sini ada Italy Bakery kan best, sbb bf suka sangat belikan kek birthday aku kat situ. tapi tahun lepas aku punye kek aku beli kat pekan jek so kek tu biasa jek tapi murah. pastu aku rasakan aku nak ajak family makan kat luar n sudah semestinya dalam RM100.00 melayang. aku kalau bab makan aku memang tak bekira asal kan aku suka. Memang la mak aku tu mesti bising sbb aku ni jenis yang suka membazir tapi aku nak diorang rasa life yang aku penah rasa. semua ni mungkin sbb bf aku yang selalu bawak aku makan kat mcm2 tempat, n ape jek yang family bf aku buat. mesti bf aku akan suruh aku buat jugak, sbb tu aku cukup berbeza sekarang.


sentuh pasal budget raya mungkin orang yang membaca akan rasa melampau bila tau aku habiskan duit sebanyak RM1000.00 untuk raya. tapi jangan ssalah faham tau, sbb bila aku beli beg aku akan pastikan beg tu aku suka walaupun harga dalam RM300.00 or RM400.00, mugkin orang pikir aku membazir tapi aku akan guna kan beg tu dalam masa setahun n xtukar tau. kalau kasut lak selalunya aku akan beli brand nautifit atau larry sbb brand tu selesa n harga pun tak mahal, biasanya dalam RM 89 or RM79. kalau brand lain aku leh pakai jugak tapi pastu kaki aku mesti melecet, tengok lah kasut yang aku beli kat nose tu memang cantik tapi natijah dia aku yang tangung sbb kaki jadi melecet.  n time raya aku akan beli wages n sandal jek. tapi tu lah kasut yang aku guna sampai hancur baru aku tukar. so senang cite RM1000.00 tu ibarat barang2 untuk setahun. tapi get ready lah tadah telinga dengar mak aku membebel.


lagi satu raya tahun ni aku dah janji dengan bf nak belika dia 1 baju melayu sbb aku bekenan betul la dengan design baju tu harga dia dalam RM187.00 jek. tapi kire okey lah tu sbb bulan May hari tu dia belikan baju kurung moden untuk follow wedding kak nana. Harap- harap dapat lah aku beli baju tu. bile belikan bf aku baju melayu mesti aku jugak nak beli baju kurung yang sedondon dengan dia. tapi tak tau lah nak pilih warna apa. bile beli baju kurung mesti melayang duit aku dalam RM200.00. so mcm biasa aku punya baju kurung mesti ada 2pasang. kasut mesti kene beli 2 pasang.


tapi family aku n bf aku kena lah besabar dengan kerenah aku bila nk shopping barang2 raya. mesti bf aku xlarat lah nk ikot aku tawaf 2kali jj baru pastu g mp pastu g tampin pastu g taman cempaka. dengan my mom lak memang aku terhad xleh jalan sangat sbb mak cepat penat n xlarat nk ikot kerenah aku yang suka masuk semua kedai.



Monday, 28 May 2012

love pain

29/5/2012
salam sayang Dannia Addriana


setelah sekian lama setia menunggu dengan harapan setiap kesetiaan aku akan dibalas dengan kesetian jugak. namun ternyata semua yang aku impikan itu adalah sekadar debu yang yang berterbangan. kesetian aku umpama sekadr kebodohan sahaja. aku terus berharap dan beranggapan bahawa aku tidak akan dikecewkan kemudian hari, namun aku kecewa juga akhirnya. aku tidak mengerti dimanakah aku harus perpegang pada pendirian atau aku tegas membentuk diri aku. setelah sekian lame aku menelan dan memendam rasa, aku masih lagi takut untuk bertindak dan mencorak langkah kaki.


aku sering berdoa agar ditunjukkan kebenaran namun apabila semua kebenaran terbantang luas dihadapan mata, aku sekadar memejam mata dan tidak menoleh.


aku amat memerlukan kekuatan dalam diri dan aku juga perlukan sesorang yang boleh memberi nasihat pada ku. tapi aku sering kali meragui kejujuran mereka. aku tidak mengambil buah pandangan mereka.


haruskah aku meletakkan diri aku pada titian yang hampir rutuh. mampukah aku berdiri teguh pada titi yang rapuh itu.










Sunday, 27 May 2012

hari ahad

28/5/2012
salam sayang..

ssemalam merasa lah jadi bibik sekejap sbb mak dah bising tengok kain baju dalam bilik aku dah membukit. so terpaksa lah g basuh baju sendiri.

pastu bile petang lak mula la mengeleser jek nak kuar.  abah N adik bongsu kuar g kuantan. so my mom n my brother jek yang ada kat gumah. apa lagi mula la kitorang tiga orang bejalan g tesco jek, saja je nak buang masa. tapi best gak bejalan 3orang ni semua jenis yang xbanyak kerenah. my mom belikan roti potato untuk aku sbb tu memnag dah jadi favorite aku. pastu teman mak beli sayur sikit. n last sekali g kedai kek, saje nak tengok kek. nanti mak nak belikan untuk haikal.

pastu on d way nak balik singah la kejap gumah sepupu. saje duk g melawat. mula la diorang cakap anak lelaki dia dah nak kawin n bile lak turn aku. so aku jawab lah" lambat lagi biar adik yang kawin dulu" padahal bf aku dah cakap lepas raya nk ajak betunang. tapi aku ngan sepupu aku tu memang xngam sangat, madang jek nak tunjuk bagus so aku beralah la, buat xamik port jek. harap-harap bf aku jadi lah nak ajak betunang, sbb dah lame sangat becinta ni nak masuk 6tahun dah ni... 

Wednesday, 23 May 2012

penipuan


24/5/2012

Salam sayang Dannia Addriana...

Semalam aku ada terdengar kisah seorang wanita berusia 63tahun telah ditipu oleh seorang lelaki di laman cyber.  Sebagai manusia yang perihatin aku ingin memberi peringatan kepada kaum hawa diluar sana. Agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki yang tidak dikenali.

Pengajaranya.

1)      Jangan mudah untuk memberi no phone pada lelaki yang tidak dikenali.
2)      Jangan terlalu mudah sangat untuk berjumpa dengan mereka.
3)      Jangan membiarkan mereka mengawal atau menguasai kita.
4)      Kenali mereka dengan lebih lama, jangan mudah sangat percaya mereka kalau baru mengenali dalam masa beberapa hari.
5)      Cukup sekadar menjadikan mereka sebagai kawan dilaman sesawang sahaja.
6)      Lelaki mempunyai 9 akal untuk menjerat kaum hawa yang mempunyai 1 akal.
7)      Sedarilah kaum hawa bahawa lelaki yang sering memaksa untuk bertemu, mempunyai niat yang tertentu.
8)      Lelaki akan menjawab segala keraguan kaun hawa dengan point yang sangat padat dan bagus. Tak semestinya semua point itu benar.
9)      Biarlah lelaki menghina kamu asalkan kaum hawa tidak masuk kedalam jerat mereka.
10)  Beringat lah kamu, wahai kaum hawa bahawa kamu akan menjadi mangsa rogol sekiranya kamu tidak menjaga diri kamu dan sekiranya kamu tidak menghidari diri kamu dari mereka.
11)  Sedarkah kamu, wahai kaum hawa bahawa kamu akan menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi dan penguguran secara haram.
12)  Sedarkah kamu, wahai kaum hawa bahawa kamu menyebabkan lelaki terus bermaharajalela mengambil kesempatan pada kamu.

Maaf sekiranya ada yang terasa dan marah. Saya hanya ingin memberi peringatan sesame manusia.


Sila lah share untuk saling memperingati.

Monday, 21 May 2012

my phone

ni lah hendset yang aku aim n tunggu masa nak beli ini lah henset aku yang aku target  untuk pakai dalam 
tahun ni or tahun 2013


nokia lumia 610

ni lah fone tebaru aku yang aku beli masa bulan july 2012


ni pulak hendset yang aku gune dari 2010 sampi sekarang
ni pulak hendset yang aku gune dari 2008 sampai 2010

ni pulak hendest first yang aku beli gune duit mara. aku rasa dalam tahun 2007 aku guna phone ni, sampai 2008

ni lah first phone yang aku gune masa aku dalam form 4 sampai tahun 2006


Monday, 14 May 2012

kenangan form1 sampai form3

15/5/2012


salam sayang Dannia Addriana....


hari ini akunak story pasal kenangan aku time aku sekolah masa form 1 smpi form 3. aku sekolah kat DS time tu aku suka sangat dengan kengkawan aku ngan life aku time tu. kenangan paling best sudah semestinya masa ku form3 coz time tu muka kau putih sangat macam cina tau pastu aku punya pipi cepat sangat merah bile aku senyum nagn aku marah. paling ketara sekali bile member baik aku caz suka sangat cubit pipi aku yang tembam tu. dia geram sangat kot tengok pipi aku yang tembam pastu bile kene cubit mudah sangat merah n lame gile nak hilang tau. aku ngan caz kawan jek tak lebih pun sbb awek dia pengawas n lawa gile kot.


dalam kelas aku ni nakal sikit lah cikgu duk mengajar aku leh pulak duk main patah2kan kapur pastu g baling kt kengkawan aku. yang selalu jadi mangsa mesti lah caz sbb dia yang selalu sangat duk buat pasal ngan aku.  tapi bukan aku sorang jek tau yang duk main baling kapor tu sudah semestinya member2 pompuan aku joint sekali lah. time tu aku umur jek 15tahu tapi leh lagi main kejar2 nagan kengkawan siap kejar dengan batang penyapu lagi. nakal kan.


dalam kelas aku ni selau lah jugak mengantok nak wat macam mane dah tu aku punya mata nak tertutup. aku ni bile time habis jek kelas mula la budak2 lelaki duk melepak kat meja aku sampai member kamcing aku jelous kat aku sbb mamat yang dia minat tu asyik duk melepak jek ngan aku. aku nak buat macam mane time tu kalau dah dioarang yang heboh nak menyempit kat aku. alah diorang duk bekumpul tu pun bukannya nak buat ape pun just story pasal awek diorang pasal moto diorang apasal aktiviti diorang pastu yang paling best sekali mesti lah bile diorang membahan kawan2 diorang. aku lak sorang jek pompun kt situ tapi xde lah diorang duk kutuk aku. diorang jest rasa best sbb aku leh joint topik yang diorang story. aku bukannya jenis yang tergedik2 time sekolah sbb aku tak minat lah nak couple time tu. aku dengan diorang memanag nampak relex tapi aku respect gile kat diorang sbb diorang selalu bagi nasihat kat aku pasal lelaki. diorang tak pernah ajak aku g melepak xtentu hala. kadang2 diorang sendiri yang cakap lelaki ni bukannya baik pun. so aku ni memang dah terbiasa n aku xminat becinta time tu sbb aku bengang bile tengok member stress pasal bf ke, aku dah banyak masalah dengan familiy so aku xmaulah serabutkan kepala aku dengan becinta.


dalam kelas aku ada sorang budak lelaki cini ni. aku xtau lah nape lah dia suka sangat duk usap kepala aku. dah banyak kali larang n marah pun still xjalan jugak. member2 lelaki aku lak diorang xsuka bile budak cine tu duk sentuh kepala aku, diorang lak yang emo gile. aku xpaham nape lah budak cite tu kata aku ni comel. rasa nak gelak guling2 kot sbb aku tau aku xcomel. tapi budak cina ni memang baik pun dengan aku selalu lah jugak duk besembang ngan aku.


masa nak hujung tahun aku rapat la pulak dengan si sengal ni. aku pun tak xtau nape lah kitorang leh rapat. die lak yang asyik duk menyempit. tapi dengan dia aku banyak share problem aku n dia pun banyak gak share problem dia. aku xnafikan yang mamat ni memang bermasalah sikit sbb selalu sangat ponteng kelas lah n aku pun xingat aku lagi yang dia buat. dia ni aku suka sikap dia yang walaupun dia nakal tapi dengan aku dia oeky jek siap tolong aku siapkan keje seolah lagi. nak dengar tak story pasal awek dia.


awek dia ni pompuan yang lemah gemalai, bukan macam aku. adalah sekali tu diorang nak balik sekolah sesame so si sengal ni bawak lah awek dia g jalan pintas. tapi kene lah melangkah longkang, terkial2 lah minah tu nak melangkah. pastu aku xingat mcm mane aku leh tahu story ni rasanya si mamat ni yang cite kot. mamat tu kata " aku ingat pompuan ni macam kau, aku tengok ko selamber jek langkah longkang.". aduh memang aku migrin asal lah dia samekan aku dengan awek dia dah terang lagi besuluh yang awek dia tu pompuan melayu terakhir jalan pun lemah gemalai pastu cun lak. aku ni dah lah kasar pakai main redah jek. dah terang2 lah aku ni jauh beza. pening kepala jugak aku dibuatnya sbb mamam nii yang asyik suruh aku jadi orang tengah time nak ngorat awek dia.


aku jugak ada 1 member baik yang selalu g sekolah n balik sekolah sesame. dia ni xlah handsome mane pun aku tengok biasa jek, tapi pelik gak sbb ada jek pompuan yang nak jadi awek dia. aku lak jenis yang xamik port sangat dengan love story dia. dia ni memang baik selalu sangat tungu aku balik sekolah sesame walaupun kitorang lain2 kelas. dia selalu sangat tanye asal aku xcouple, pastu mulah aku buat ayat keramat aku" wei aku ni xsuka lah nak serabutkan kepala aku pasal pakwe2 ni, aku xsuka". terus terdiam member aku tu.


korang nak tau tak apa jadi kat member tu pada tahun 2006.


dia menjadi bf aku. aku xsangka lak yang dia sebenarnya menyimpan perasaan kat aku dari aku form 2 lagi. masa aku form 3 banyak kali juagak lah sorang pompuan ni datang jumpa aku duk tanye aku ni becinta ke dengan member aku tu. dah semestinya lah aku cakap "aku xpenah becinta dengan dia". tak lame tu aku dengar cite member aku couple dengan pompuan yang duk tanye aku. aku tak penah target pun yang member aku tu syok kat aku just 1 hal yang wat aku musykil adalah dia cepat emo bile aku xjoint dia study. tak sangka lak aku leh becinta ngan member aku ni yang sememangnya ramai sangat pompuan yang dok kejar dia. ramai gak budak2 kolej aku cakap yang rupa kitorang ada persaman. tapi aku nak wat macam mane dah xde jodoh, aku putus dengan dia. kitorang couple dalam setahun setengah jek kot.


okey ni aku nak story pasal kenangan aku time form 1. first jek aku masuk dalam kelas aku tu aku terus terpandang sorang mamat ni, xlah handsome biasak jek, tapi nak wat macam mane aku dah jatuh cinta pandang petama kot. memang kelakar. tapi mamat ni buat dek jek kat aku mamat ni jugak bukan orang melayu, parent dia orang india n masuk islam. mamat ni lak hitam manis jek. aku duk simpan perasaan punya lah lame, xde sorang pun dapat detect yang aku ni suka mamat tu. aku ingat mamat tu pun suka kat aku sbb aku ada dapat satu surat yang menyatakan dia syok kat aku. n dalam tahun 2012 ni aku dapat kesan mamat tu melalui facebook. so aku dengan selamber badak g tanye dia pasal kenangan lame tu. ceh hancur bekecai aku rasakn bile dapat tau rupanya mamat tu mane penah suka kat aku. dia syok kat member aku yang cun. aku pun nak kate ape aku relex jek n aku dengan selumber jek g mengaku aku penah suka dekat dia. kalau nak tau mamat tu lah punca aku tak penah becinta time sekolah sbb aku tunggu mamat tu. even sampai sekarang kot aku still ingat kat mamat tu. aku memang setia bile aku dah sukakan sesuatu tapi aku bukan lah jenis yang akan menunggu jugak mamat tu. aku terima sesiapa jek yang sayang aku.


masa form2 lak aku ni xbanyak sangat buat perangai just relex jek. tapi ada gak kenangan yang lucu. aku leh lak g main conteng kat laci meja kau. time kelas agama aku akan duduk kat meja lain ntempat aku lak akan ada orang lain duduk. budak nia ku tak tau lah nape kretive sangat g conteng meja aku. aku mesti lah rasa marah pastu aku g lah sound dia. tapi sound tulis kat laci meja lah. budak ni pun g layan n balas. selalu lah kitorang dok mesej kat laci meja tu. unik pulak aku rasakan. n nak tau budak tu minat kat kawan aku n diorang couple tau. n budak lelaki tu cakap aku ni tak ubah macam kakak dia sbb pemikiran aku matang pastu aku ni lak banyak bagi nasihat. Padahal life aku time tu tengah kelam-kabut, n untuk pengetahuan korang aku sendiri time tu tak penah becinta lagi.









puji diri sendiri


15/5/2012
Salam sayang Dannia Addriana....
Hari dengan bangganya aku nak puji diri aku sendiri. Setelah penat aku meluah rasa hari akhirnya aku nak bercerita pulak sifat aku. Tapi jangan salah faham, aku nak cakap sikap aku pada lelaki yang bergelar bf atau pasangan aku.

Aku ada lah seorang yang flexcible, maksudnya aku boleh joint ape jek aktiviti yang bf aku buat. Macam sekarang bf aku suka main futsal n badminton tapi aku pulak jenis yang tak minat sukan. Tapi aku jenis yang boleh tunggu dia main futsal or badminton. Aku tak de lah jadi macam beruk duk terloncat2 sokong bf aku. Aku just duduk n senyum pastu bile bf aku rehat aku Tanya lah mcm mane dengan game dia. Aku dah biasa diseret kehulu kehilir bile dia besukan. N aku jugak dah biasa dengan kengkawan dia. Tapi kadang2 aku buat jugak muka bila aku dah xlarat nak tunggu tapi seperti biasa aku masih mampu berdabar walaupun muka aku dah macm tapai dah waktu tu. Senang cerita kau memang seorang yang sabar lah bile melibatkan hobby kaum lelaki ni.

Dalam banyak2 sukan aku paling suka sukan mendaki gunung. Sbb aku ada banyak kenangan tau. Pertama kali aku mendaki gunung adalah aku joint kem sekolah .tapi aku dah xingat gunung apa. Mak xaksi aku pergi tapi aku still berdegil sangat. So aku pergi jugak n natijah aku xdengar cakap mak aku adalah aku jatuh semasa masuk game untuk group kitorang. Semua perserta kene turun gunung dengan cepat so aku n aku punya partner kena lah lari untuk turun gunung tu n time tu lak jalan tu licin sbb baru pas hujan. Jeng... jeng.... aku jatuh tertumus sampai gigi aku berdarah. N yang paling menyedihkan mesti lah selepas jek aku jatuh tu gigi hadapan aku dah x selari. so aku dah hodoh lah kirenya.

Dan kebetulan pulak masa 2010 bf aku join kengkawan dia g panjat gunung batu lebah, so aku pun excited lah nak ikot n bf aku kasi n aku sorang jek pompuan aku tau kawan2 bf aku mesti rasa leceh bile bawak pompuan sbb pompun ni mula la tegedik sikit bile penat lah bile terkial2 nak panjat juang yang tinggi. Tapi aku bukan macam tu sbb aku memang suka sangat dengan cabaran mendaki gunung tu. So aku panjat tanpa bantuan bf aku n bile akujatuh aku bangun sendiri aku lebih selesa berpaut pada pokok2 disekeliling. N kawan2 bf aku diam jek bile tengok aku excited. Diorang berenti berehat tapi aku pulak dah xreti nk rehat sbb xsabar2 nak sampai kepuncak. So aku mungkin Nampak lembik bile kene buli n kene marah tapi bile melibatkan sukan kegemaran aku ni aku xkan mengalah.

Dari kecik aku dikelilingi oleh budak2 lelaki n sifat aku juagk sudah semestinya kasar. Aku selalu joint aktiviti yang adik aku lalukan mcm merayap pusing 1 kampung, ikot diorang masuk hutan. N main tepi parit. Dan yangpaling xboleh dilupakan bile bebudak lelaki syok lompat longkang besar n aku pun joint jugak n xjatuh tau. Mak aku memang cakap sifat aku berbeza dari adik aku. Adik aku tu lembik sikit tapi aku ni perangai mengalahkan budak lelaki dah. Jatuh pokok, dekat tepi telinga tercucuk paku, kaki terpijak paku tapi  still xreti serik. Jatuh basikal. Jatuh moto. Kene langar dengan moto pun aku still xserik lagi bawak moto.

Walaupun aku ni selalu buat bende2 yang kasar mcm tadi tapi aku jugak seorang yang cuai. Aku mudah terseliuh dan kerap luka2.
Lagi satu aku leh cakap adalah aku setia walau aku rasa perit bila aku sering diabaikan sering dimarah. Aku still setia tau, disebabkan aku masih Nampak ada kebaikan yang aku rasa sudah cukup untuk aku sayang dia.

Pada pasangan aku mungkin mereka akan Nampak sifat cerawet aku dalam semua aspek tapi aku still boleh ditegur n dibawak berbincang sekiranya sikap aku kelihatan agak melampau. Aku boleh terima pandangan mereka bila meraka memberika alasan yang sewajarnya.
Cerawetnya aku bila apa apa jua barang2 yang aku nak xde langsung ciri2 idaman aku. Mungkin bagi orang lain barang tu mcm merepek dan xdepatutnya tapi bagi aku sekali aku miliki apa yang aku suka aku akn hargai barang tu sampai bile2. Lagi pun aku tahu aku ni susah nak dapat barang2 yang aku idamkan sbb tu aku akn ingat n hargai benda tu semua.

Aku ada 1 kelemahan iaitu aku xpandai masak, buakn lah xreti langsung. Kalu setakat nak goreng ikan ke goreng ayam ke, aku masih boleh. N aku jugak pandai tumis sayur sawi sayur kobis, aku jugak boleh tumis udang n sotong tapi dengan cili api lah, aku jugak leh masak gulai masam. Walaupun xsesedap mak aku masak sbb aku kn jarng masak.aku masuk dapur bile mak aku xde n time tu dah kebulur xde benda yang leh dimakan. Tapi aku pandai buat kek n suka sangat buat biskut raya. Biscut kegemaran aku mestilah biskut tat nenas. Aku kalau dah makan tat nenas aku memang leh lupa diri xmakan nasi.

Tak pe waalupun aku xpandai masak aku rasaa ku nak belajar masak dengan mak mertuaa ku bile aku dah kawin. Mesti lah kene belajar dengan mak metua sbb anak diorangkan dah biasa dengan masakan mak diorang. Aku tak tahu lah aku patut rasa bangga atau sebenarnya diorang just nk jaga hati. Setiap kali aku ikot family bf aku g tolong kenduri diorang mesti puji aku bagus n rajin walupun aku buat kerja agak lambat. Tapi ramai makcik-makcik yang menyakat kata bekenan  nak amik aku jadi menantu. Xsia2 aku selalu ikot mak g kenduri dulu2. Aku mungkin xcantik n xpandai nk amik hati orang tapi aku tahu setiap kali ex aku n bf aku bawak aku g jumpe sedara diorang mesti ada yang bekenan jek. Aku ni walupun kadang2 selalu merungut xmau g kenduri bile bf aku paksa tapi aku still ikot cakap diorang n tolong ape yang patut sampai aku dah lembik xlarat nak buat keje baru aku stop. Siang memang la Nampak ligat tapi malam dah macam ape dah tido awal terus xingat dunia.

Mungkin aku  banyak cakap, setiap kali aku masuk jek kereta nak pegi jalan2 mula la mulut aku asyik membebel cite pasal life aku, aku selalu Nampak pasangan aku tu akan tersenyum walaupun diorang penat. Mungkin aku berkongsi cerita tapi mereka lak rasa cerita aku tu lawak sangat kot.
Setiap kali pasngan aku dalm keadaan tertekan aku akan bertanya macam2 tapi bila sudah sampai 1tahap yang dia memang xsuka aku bertanya, aku akn buat sesuatu yang menceriakan diorang. Sbb aku tahu pasngan aku memang suka sifat aku yang sangat bersabar dengan perangai kaum lelaki. Lelaki sering mungkir janji dan sering mengutamakan kawan2 dan aku pula adalah orang yang sentiasa kene faham dan terima mereka.

Aku tidak lah cantik, tapi masih boleh dipandang. Walaupun aku sedar aku xcantik tapi akuxkan buat sesuatu yang pasangan aku marah mcm kalau dia kata jangan pakai baju yang ketat ke or jangan buat perangai ke. Aku akan ikot n aku tahu diorang xsuka.

Aku mungkin Nampak blur n terlalu jujur bile disoal tapi aku ni boleh joint apa topic yang lelaki bincang kan aku mungkin akan diam bile aku x tahu tapi bile aku rasa nak mencelah atau menyampuk diorang mesti xkisah.  Sebelum ni ada lah 1cuple ni joint  kengkawn bf aku lepak, tapi gurl ni duk main mesj pastu senyum jek bile orang tanye pun dia senyum jek x menjawab. So lelaki mesti la kurang selesa diorang lagi prefer dengan orang yang boleh joint n dengar pandangan diorang. Tapi kalu diorang story pasal bola,kereta or moto memang aku xreti tapi xde lah aku cakap benda yang merepek.

Aku ni dah biasa dikongkong, maksudnya bukan lah mengongkong yang terlampau. Sampai nk kuar dengan kawan pompuan pun tak leh. Aku dah biasa disuruh selepas habis kelas terus balik tapi kawan bebudak gumah ajak kuar aku boleh lah ikot. Bf aku xpenah kasi aku g mane sesorang sbb aku tahu diorang takut bile aku dah boleh independent aku mesti  xkan bergantung dengan diorang sbb tu aku Nampak bf aku selalu jek bawak aku g makan n sediakan semua keperluan aku supaya aku xsusah. Tapi aku jenis yang xkisah dan aku dah terbiasa mcm tu.

Aku bukan lah seorang yang pandai menyelesaikan masalah sendiri tapi aku masih merupakan seorang pendengar yang baik. Aku boleh dengar apa yang pasangan aku cuba luahkan n aku cuba fahami.
Pasangan yang aku impikan adalah pasangan yang boleh bimbing aku dalam mendalami aku ilmu agama. Aku nak berubah menjadi maknusia yang disayangi oleh allah dan aku inginkan orang yang dapat membantu dan menegur sekiranya aku melalukan kesilapan.