Followers

Friday, 29 June 2012

jiwa

30/6/2012
salam sayang Dannia Addriana..


Everything jd kucar kacir, life Nia jadi terancam. Nia perlukan someone untuk story semua benda, tapi person yang Nia harapkn tu xmuncul2. Dia makin jauh pergi dari life Nia, Nia rasa sedih dengan kehilangan person tu. N skrg person yang Nia xjangka akn muncul, tetibe muncul. Nia jadi serabut sangat, nia xtahu nak cite kat sape. please la jangan kucar kacirkn life Nia, Nia xmahu berharap or jauh lagi sayang person tu. Coz semua yang Nia sayang mesti akan hancurkan hati nia. Tengok lah sekarang adek angkat Nia sendiri dah makin jauh dari nia, serius Nia sayang sangat kat adek angkat Nia tu dan Nia xsangka yang adek Nia tu xhargai Nia. 


Nia sendiri tak tahu nape adek angkat Nia tu makin menghilang dari Nia, Nia xtahu ape salah Nia sampai dia menjauhkn Diri. Before ni adek angkat Nia lah tempat Nia share semua benda, dan disebabkan dia jugak lah, buat Nia sedar yang Nia xboleh permainkan perasaan sesiapa. Kerana dia jugak lah baru Nia sedar betape peritnya hati EX Nia bile Nia tinggalkan dia. Adek Nia banyak sedarkan Nia soal hati n perasan. 


Skrg Nia tak tahu ape motif person yang muncul tibe2 tu. Nia pening nak pikirkn kenapa dia muncul balik. mungkin ke dia nak balas dendam kat Nia sbb Nia buat dia sakit Hati, serius Nia jadi xtenang n Nia takut kalau Dia betul2 nak balas dendam kat Nia. Apa yang patut Nia buat sekarang coz dia seperti mengangu ketenteraman life Nia
29/6/2012
salam sayang Dannia Addriana...


pagi ni nia bagun dalam keadaan mood yang ceria tau. Keluar jek dari bilik nia terus membebel, semua benda nia nk comment. Pastu adik nia ni lak kasi nia point untuk bahan dia, memang teruk lah dia kene bahan dengan nia time tu. Nia ni kalau dah start membebel or buat lawak mesti family Nia pening coz nia ni memang mcm mak nenek sikit bile membebel.


Sampai jek office Nia bukak fb... kat situ banyak lah jugak coment2 yg nia excited nak balas, n tah nape mood nia pagi tadi baik sangat. Habis semua benda nia g "like".. pastu mcm biasa lah g cari pasal ngan member yang gile2 sikit. Bile semua benda dh senyup Nia tergerak hati nk bukak tweet nia. n kat situ nia terkejut sangat2, serius nia xpenah jangkakn benda ni yang terjadi. Nia xsangka orang yang buang nia boleh follow nia.
Serius Nia cakap time tu nia rasa terkejut n nak nagis dah, coz bagi nia dia ade impact tersendiri dlm life nia. hanya fb nia terbaru n tweet nia lah menjadi tempat nia melepaskn Emosi. Hanya orang2 tertentu jek yang tahu mcm mane keadaan nia.

Petang ni nia tunggu adik angkat nia msj dgn nia, coz hari tu dia kate dia nk msj ngan nia. Before ni memang dia ade msj ngan nia, tapi bile phone dia dh masuk air dia xleh msj ngn nia, dia ade phone lagi 1, tapi fon tu untuk no maxis n phone tu jugak untuk dia msj ngan gf dia. Nia xmo la gangu kat situ. n Nia still tungu, kalu dia xmsj nia tu tandanya yang dia memang nak buang nia dari life dia.



Bf nia lak kat penang ade game badminton kt sane n nia tahu dia mesti xde masa utk nia. n dia dah bagi dah pasword fb dannia addriana, coz hari tu dia heck fb nia bile nia msj nagn adik angkat nia. Nia pon xpaham ape motif bf nia remove adek angkt nia tu dari friend. N kenape dia jealous sgt kt adek nia tu. padahal kt fb nia ade jek org lain yg chat nagn nia.  

Friday, 15 June 2012

For arul...

15/6/2012
salam sayang Dannia Addriana...


for Arul...


sis mintak maaf sangat sangat kat arul coz, niat sis pun ikhlas nak kawan dengan arul. tapi sis tak sangka pulak yang relation kite disalah ertikan. sis happy sbb arul msj ngan sis, arul wat sis happy sgt sbb cara arul msj mcm budak2, n sis jadi joint sekaki lak. seolah-olah terasa diri sis ni muda balik, event umur sis dah 24tahun.


sis harap arul tak marah sis k... since sis dah add arul balik so kite masj la mcm biasa k.

sory la sis ni memang nakal sikit once sis nak something sis akn cuba dapatkan, sis hargai arul seadanya coz arul baik ngan sis.



sekian.........

Tuesday, 12 June 2012

Fb

13/6/2012
salam sayang Dannia Addriana...



pagi ni ada budak add Nia kat fb. Nia pun accept jek lah, n dia pangkat adik... Nia happy dia muncul coz dia wat Nia rasa seperti seorang budak berumur 14tahun, padahal umur Nia dah 24 ni. tapi kegembiraan ni terbang mcm tu jek bile, bf Nia pertikaikan cara adik ni msj dengan Nia. Nia xtahu apa motif bf nk marah sbb dia bukanya person yang ada perasan. Dia tak hargai kewujudan Nia, bayangkan dia boleh curang dengan Nia, tapi Nia still besabar lg ni. sakit otak Nia ni tau....

Nia xkuasa la nk g pujuk orang ni. Nia bukanaya kayu tau. Nia benci bile dia buat Nia mcm ni....

Monday, 11 June 2012

bunga... er...


12/6/2012

 salam sayang Dannia Addriana....

Nia ni ada 1 hobi tau iaitu suka tangkap gambar n sudah semestinya lah gambar Nia sendirikan....


Gambar ni dah lame tau tapi Nia nak share gak gambar NI..

jangan salah faham tau bukan gambar Nia tapi gambar Bunga... hehehehehe...







































jenuh Nia nk upload gambar ni...
jom tengok sesame k...























patah hati lg

12/6/2012
salam sayang Dannia Addriana...





this week. minggu yang sarat dengan semua perasaan. Nia dah mula letih menungu n Nia dah letih setia apabila kesetianan Nia tak dihargai. Memang Nia akui yang Nia ni cepat sangat beremosi, Nia selalu menagis n selalu sangat biarkan person yang Nia sayang buat Nia mcm sampah. Nia rasa Nia xmau jadi bodoh mcm tu lagi. Nia ada banyak benda yang Nia nk buat selain, biarkan orang lain musnahkan life Nia. mesti orang tertanye-tanyekan nape nia tulis macam ni.

Sebenarnya Nia still lagi dalam mood patah hati, maksud dia hati Nia dah terlalu hancur bile tau orang yang Nia sayang sebenarnya curang dekat Nia. bile keadaan ni yang jadi Nia akan buat something yang memuaskan hati Nia. sepatutnya person yang curang dengan Nia dah tau macam mane perangai Nia bile Nia patah hati sbb dulu bile Nia patah hati Nia jadikan dia sebagai kekuatan untuk jadi kejam dengan orang yang curang dengan Nia. Now dia lupa siapa Dannia Addriana, sekali Nia dah jadi kejam Nia akan lupakan dia mcm tu. Thanks to him coz buat Dannia Addriana menjadi makin kuat untuk melawan kerenah lelaki yang xhargai Dannia Addriana.

mcm Nia ckp sebelum ni Nia jenis yang sering di abaikan so Nia tahu mcm mane nak berdiri diatas kaki sendiri. usaha yang dia tunjukkan hanya dalam masa 2minngu jek cakap baik-baik dekat Nia, pas everthing Nia berpura-pura lupa, dia terus stop being nice....

well Dannia Addriana dah ada kekuatan sendiri K. Nia xperlukan lelaki yang melukakan hati Nia. memanglah susah nak tinggalkan dia, tapi Nia ada cara Nia sendiri.

ICE crem & KeK cOkLat


10/6/2012
Salam sayang Dannia Addriana...

Pagi ni Nia celik mata dalam kul 8 lebih sbb semalam Nia tido dalam kul 8.30malam. mungkin sbb penangan jatuh tu n keadaan Nia buat badan Nia jadi penat n letih semacam. Even Nia celik mata dalam kul 8 lebih tapi Nia masih lagi duk tegolek-golek atas katil, mak dah bukak pintu bilik pun Nia still xmau bangun tau. Tak tau lah nape Nia ni pemalas sangatkan.


Dalam kul kul 1 lepas Nia dah makan semua Nia rasa nak buat ice crem lak so Nia pun g lah buat.....


RESEPI;-

½ TIN SUSU PEKAT

1 TIN AIR@ 1CWN AIR@1CWN SUSU CAIR @ 1CWN AIR KOTAK DUTCHLADY,SUKAHATI JEK)

1 SUDU MAKAN OVELLETE
1 BIJI TELUR
ESSEN VANILLA 1SUDU KECIL
4 OR 5 SUDU BESAR SERBUK KOKO.(KALO NK PAHIT SKIT LEBIHKAN LAGI)
OR APA-APA PERISA.. SUKA HATI... STRAWBERY..KE APA -APA JE
CARA-CARA
MASUKKN SEMUA BAHAN KEDALM MIXER....
MIXER SMPaI PEKAT, LIKAT, BERKRIM, N BERKILAT..
MASUKN DLM BEKAS.... SIMPAN DLM TEMPAT BEKU
TAHAP MAKSIMA.. LEPAS BEKU SEDIA UNTUK DI HIDANG''
HIAS LE DGN APA2 YAG ANDA SUKA…


(Hehehee.... recipe ni Nia rembat kat fb Nora Danny....)


Kalau Nia yang buat lak. Nia akn masuk kan semua bahan2 dia dlam 1bekas pastu Nia akan mixer die sampai kembang...

Sebelum
(starting Nia mixer dia slow2)



Selepas
 
(Nia mixer dia sampai penuh 1 bekas ni baru Nia stop)



hasilnya

(nia letak perisa yang nia suka)

selepas beku 







Sementara tungu Nia punye ice crem keras Nia rasa nak buat kek coklat lak so Nia pun g lah buat...







resepinya:
Bahan A- 1cwn gula pasir

1 cwn serbuk koko

1 cwn susu cair, 1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
* semua bhn di atas gaul sebati dn mask ats api prlahan,
* rehat skejap bila bhn dh sebati.



Bahan B- 3/4 cwn t/gandum 

1 sk soda/bkrbnt (sudu kfc) 
1 sk b/pwder(sudu kfc)
* semua bhn ayak dahulu




Bhn C- 4 biji telur- blender je

cara: satukan bhn B n C kw dalam bhn A secara brselang seli n gaul dgn senduk shj. bila dh sebati.. letak dlm loyg yg dh disapu minyk. dn kukus dlm 30 -45 min ( b'gntung saiz loyang).. klu nak tahu msk tak, cucuk dgn lidi. jk x mlkt kira masak le tu...

(recipe ni Nia rembat dari fb nora Danny Harry)

Nak buat topping di lak:
½ cwn koko
½ cwn air panas
2 sudu susu pekat
1 sudu magerin
1 sudu gula pasir
 -semua bhn di atas gaul sebati dn mask ats api prlahan-

(Topping ni lak rembat recipe kak fiza)

Sunday, 10 June 2012

JatUh


9/6/2012
salam sayang Dannia Addriana...

Hari ni macam-macam kejadian yang berlaku dalam life Nia ( even ni bukan name sebenar tapi saya akan guna name ni untuk story about my life). Hari ni Nia tahu orang dari HQ akan datang dekat site tempat Nia kerja, coz HQ buat event gotong-royong dekat sini. Nia lak pagi-pagi malasnya nak bagun pastu nak besiap, tapi Nia terpaksa lah jugak heret diri sendiri g besiap. Bila dah siap mandi segala mula lah Nia duk becinta depan katil, confuse nak pilih baju untuk pagi ni. Last sekali Nia pilih t-shirt arsenal n cover dengan cardigan hitam, sudah semastinya Nia pakai seluar jeans. Tak kan lah nak pakai baju kurung mesti orang pandang sepuluh jek kat Nia n orang mesti cakap " budak ni apa jadah pulak pakai baju kurung untuk event gotong royong". 

Tapi Nia tak buat pon gotong royong, Nia just duk kat office n buat benda lain, sudah semestinya Nia tengok cite korea.http://www.epdrama.com/i-do-i-do/i-do-i-do-episode-1/. Tengah syok Nia download cite ni leh pulak bos Nia pangil suruh tangkap gambar semua orang yang tengah gotong royong, dlam hati Nia" Eeei, geramnya aku, asal lak aku kena g amik gambar, mengarut betul lah" Nia dah benggang dah. Tapi Nia tepaksa lah besabarkan, bile kak fiza dah tolong on kan camera, boleh la pulak memory full "Grrr... macam nak carik pasal lah pulak benda alah ni kan" Nia dah start membebel. Dengan perasan bengkak n tak pedulikan pandangan orang lain Nia terus cari owner camera tu. Tapi malang tak berbau, kalau Nia dah bau mesti tak malang kan (hehehehehe :p). Time tu Nia pun lari tekedek2 nak jumpa person tu, dari jauh Nia dah nampak dah, dengan bangganya Nia rasa melayang macam terbang pastu...

'Gedebuk' bunyi nangka busuk jatuh (Nia lah tu).
Tak tahu nak express kn perasan time tu, rasa blur n kosong. Bile sorang pompuan india datang tanye "awak okey ke?" , terus aku balas "okey,okey" terus bangun tak tungu dah n berpatah balik g masuk office. Time tu kotor baju aku n seluar jeans aku sbb jatuh mengelonsor dekat atas ready mix ( concrete) yang xkeras. Bile diingakan balik baru lah rasa malu semacam mesti ramai yang nampakkn mungkin separuh daripada 62orang tu dah menyaksikan Nia test concrete tu. Tak pasal-pasal Nia street call adik suruh amik.

Dah sampai office dalam keadan baju lain n g lah masuk bilik engineering, nampak Atikah, mula-mula dia datang Nia biasa jek xberapa reti nak cakap or nak sembang. pastu tah mcm mane Nia focus tengok muka dia, terdetik kat hati " cantiknya dia, dah la putih muka bersih jek takde jerawat pastu kulit tu boleh nampak jenis kulit yang gebu" rasa mcm terpegun jek tau. Dah lah cantik, lembut pulak tu pastu peramah la pulak. mesti beruntungkan sape yang dapat dia. terdetik jugak dekat hati "kan best kalu aku cantik macam dia.". 
Sudah semestinya Nia patut bersyukur, Nia tahu menjadi orang yang cantik dan disukai ramai ni mesti akan ada banyak dugan bila orang mendengki, n mesti rimas bile orang duk terhegeh-hegeh nak kawan. So Nia patut bersyukur menjadi diri Nia ni. macam satu kes ni, tahu lah dia cantik mcm chines look n dengan bangga nya dia leh post kat fb dengan statement menghina, ayat dia lebih kurang mcm ni " pakai baju mahal pun tak guna kalau muka tu tak cantik". Bile nia baca jek dia punye comment semua Nia jadi sakit hati n time tu baru Nia sedar yang allah nak tunjukkan dekat Nia, bahawa orang yang cantik ni kadang-kadang selalu riak dengan diri dia n menghina orang lain. Nia harap sangat yang Nia tak buat macam tu kat orang, mesti sedihkan bile kita kene hina disebabkan kekurangan kite tu. Kadang-kadang kekurangan tu lah yang menjadi kelebihan tau. so Nia nak ingat sampai bile-bile yang kecantikan tu boleh buat orang riak n boleh menyusahkan diri sendiri.

Nia nak cuba menjadi diri Nia dan dalam masa yang sama Nia nak cuba sesuatu pembaharun untuk life Nia. Benda ni penting untuk bangkitkan rasa keyakinan Nia...


sekian coretan kisah Dannia Addriana....


Thursday, 7 June 2012

Laut

8/6/2012
salam sayang Dannia Addriana...




Hari ni ada lak yang remindkn pasal laut. Dari kecik lagi aku ni jenis yang suka sangat dengan air tapi aku akan jadi excited bile jumpa laut, sungai, swimming pool. tapi satu benda jek yang buat aku xhappy sbb aku xpandai berenang. dah banyak kali cube belajar tapi asyik kene marah jek sbb asyik xreti jek. sedih jek rasa time tu, tapi aku rasa mungkin bagus jugak kalau aku xpandai berenang, mesti ada jek orang tersayang yang akan awasi aku.






KENAPA SUKA LAUT?


kerana laut berwarna biru ( dulu lah skrg dah xtau warna apa kan). laut jugak tempat untuk bersantai bersama keluarga. laut jugak menyimpan kenangan DANNIA ADDRIANA( bukan name sebenar). tapi kenangan tu tak perlu lah nak diceritakan takut ada pihak yang akan terguris hali pulak. kenangan yang agak indah dimasa lalu. kat laut jugak  bf aku makin tertarik nak dekat dengan aku sbb aku ada 1 perangai yang suka main air, aku leh main air sesorang, aku boleh ketawa n bergembira sendiri.


bile aku main air laut aku jadi lupa pada masalah yang terjadi, aku seolah2 bergembira dalam dunia yang aku cipta. Tapi aku harus sedar bahawa laut jugak boleh buat aku terus hanyut.

Wednesday, 6 June 2012

makan2 dgn Family

7/62012
salam sayang Dannia Addriana...


semalam aku keluar pergi makan-makan dengan family aku. kitorang sekeluarga keluar besama. dah lame dah kitorang tak keluar sesame sbb selalu adik aku yang no 2 tu mesti ada jek hal la. semalam jugak aku yang belanja diorang semua sbb saje jek nak gune duit gaji aku tu.... buat apa duit banyak2 tapi boring jek xde wat pape....


tapi duit gaji aku tu memang kene simpan sikit sbb raya tahun ni aku nak beli barang2 untuk raya. macam tahun lepas duit aku habis dalam RM1000.00 sbb beli baju, beg n kasut.


tahun ni mak kasi duit dalam RM200.00. RM100 mak suruh beli baju kurung, tiap2 tahun mak memang kene belikan aku baju kurung dengan duit mak. pastu yang lagi RM100.00 tu mak suruh aku beli kek sendiri n beli lah apa2 jek barang. mesti orang pelik kan kenapa birthday sendiri aku yang kene beli kek. mak aku tau aku ni jenis cerewet pastu demand semacam, aku tak macam adik2 aku yang leh terima ape jek yang family belikan atau kasi. Tapi aku tahu ape jek yang aku beli family aku pasti suka. aku suka beli benda yang bagi aku sedap tak kira lah murah atau mahal, yang penting aku suka. Part baju raya lak, aku rasa aku nak cari baju warna unggu lembut n harga dia Dalam RM200.00, mak kasi seratus pastu aku tambah seratus. warna unggu lembut ni warna tema untuk adik aku n gf dia tapi aku saja jek nak menyebok.


Kalau masuk bab kek lak aku rasa tahun ni aku nak beli kek kat Secret recipe la. budget mungkin dalam RM100.00. kalau kat sini ada Italy Bakery kan best, sbb bf suka sangat belikan kek birthday aku kat situ. tapi tahun lepas aku punye kek aku beli kat pekan jek so kek tu biasa jek tapi murah. pastu aku rasakan aku nak ajak family makan kat luar n sudah semestinya dalam RM100.00 melayang. aku kalau bab makan aku memang tak bekira asal kan aku suka. Memang la mak aku tu mesti bising sbb aku ni jenis yang suka membazir tapi aku nak diorang rasa life yang aku penah rasa. semua ni mungkin sbb bf aku yang selalu bawak aku makan kat mcm2 tempat, n ape jek yang family bf aku buat. mesti bf aku akan suruh aku buat jugak, sbb tu aku cukup berbeza sekarang.


sentuh pasal budget raya mungkin orang yang membaca akan rasa melampau bila tau aku habiskan duit sebanyak RM1000.00 untuk raya. tapi jangan ssalah faham tau, sbb bila aku beli beg aku akan pastikan beg tu aku suka walaupun harga dalam RM300.00 or RM400.00, mugkin orang pikir aku membazir tapi aku akan guna kan beg tu dalam masa setahun n xtukar tau. kalau kasut lak selalunya aku akan beli brand nautifit atau larry sbb brand tu selesa n harga pun tak mahal, biasanya dalam RM 89 or RM79. kalau brand lain aku leh pakai jugak tapi pastu kaki aku mesti melecet, tengok lah kasut yang aku beli kat nose tu memang cantik tapi natijah dia aku yang tangung sbb kaki jadi melecet.  n time raya aku akan beli wages n sandal jek. tapi tu lah kasut yang aku guna sampai hancur baru aku tukar. so senang cite RM1000.00 tu ibarat barang2 untuk setahun. tapi get ready lah tadah telinga dengar mak aku membebel.


lagi satu raya tahun ni aku dah janji dengan bf nak belika dia 1 baju melayu sbb aku bekenan betul la dengan design baju tu harga dia dalam RM187.00 jek. tapi kire okey lah tu sbb bulan May hari tu dia belikan baju kurung moden untuk follow wedding kak nana. Harap- harap dapat lah aku beli baju tu. bile belikan bf aku baju melayu mesti aku jugak nak beli baju kurung yang sedondon dengan dia. tapi tak tau lah nak pilih warna apa. bile beli baju kurung mesti melayang duit aku dalam RM200.00. so mcm biasa aku punya baju kurung mesti ada 2pasang. kasut mesti kene beli 2 pasang.


tapi family aku n bf aku kena lah besabar dengan kerenah aku bila nk shopping barang2 raya. mesti bf aku xlarat lah nk ikot aku tawaf 2kali jj baru pastu g mp pastu g tampin pastu g taman cempaka. dengan my mom lak memang aku terhad xleh jalan sangat sbb mak cepat penat n xlarat nk ikot kerenah aku yang suka masuk semua kedai.