salam sayang Dannia Addriana...
Jem nenas:
bahan-bahanya...
- 2 bijik nenas yg sederhana masak
- gula kasar
- 1 penutup esen Vanilla
- 1 penutup pewarna oren @ kuning telur
cara-caranya....
- buang kulit nenas dan parut @ blend sahaja nenas tersebut
- tapis hampas nenas yang telah siap diparut sehingga sedikit kering. jagan terlalu kering..
- masukkan hampas nenas yang telah siap ditapis kedalam mangkuk yg sesuai. isikan hampas nenas tersebut sehingga penuh didalam mangkuk atau bekas. kemudian bubuh didalam kuali.
- isi kan gula didalam mangkuk yang sama dan sukatan gula hendak lah same dengan sukatan hampas nenas tersebut. sekiranya bimbang terlalu manis, boleh lah dikurang kan gula tersebut. mungkin dalam 3/4 sahaja.
- kacau hampas nenas tersebut dengan gula yang telah disukat. bubuh sedikit esen vanilla dan pewarna oren.
- masakan diatas api yang sederhana.
- kacau selama 20minat atau 30minat.. sekiranya jem nenas tersebut kelihatan berair. boleh lah dicedok sedikit air tersebut dan buangkan sahaja air itu.
- setelah siap jem tersebut boleh di buat inti tat nenas ataupun dimakan dengan roti
Adunan tepung tat nenas:
bahan-bahanya...
- 2 bijik buttercup
- 1/2 cawan gula halus
- 3 bijik kuning telur sahaja
- 2 cawan tepung kastard
- 2 cawan tepung gandum
- 1 penutup esen vanila
cara-caranya...
- masukan buttercup, gula halus dan juga esen vanilla kedalam bekas dan kacau hingga sebati.
- masukan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
- masukan tepung kastad dan juga tepung gandum. gaul sehingga menjadi doh yang lembut... sekiranye terlalu lembik. Tambahkan tepung gandum n tebung kastad.
- setelah siap boleh lah ditekap didalam acuan...
sekiranya anda ingin melihat gambar adunan tersebut..
sila klik
No comments:
Post a Comment