Followers

Friday, 11 May 2012

Kawan

12/5/2012
salam sayang Dannia Addriana...


Hari ni live aku rasa mcm boring jek, ingat nak kacau orang tapi ada orang tu dah sombong gile.
semalam pun dah rasa mcm memalukan diri sendiri lak bile g gatal2 tegur dia, sudahnya dia buat tak layan.
tak best betul lah.


Niat aku baik tau nak kawan jek bukan nak mengatal or curang. tapi nak buat mcm mane dah orang tak sudi nak tegur kita. Aku tertarik dengan sifat dia yang agak tak putus asa ngan nampak pemikiran dia matang sesuai dengan umur dia dan dia berfikiran positive, tak macam aku yang asyik berfikir negetive jek. senang cerita dia sesuai untuk dibuat kawan lah.


aku hanya iangin menambah kenalan lelaki aku sahaja, kerana dia berbeza dengan lelaki yang mengangu aku di laman sesawang. cara dia menyakinkan aku dan cara dia bercerita dapat aku lihat bahwa dia jujur. aku yakin andaikata dia sudi berkawan sudah pasti dia seorang pendengar yang baik. aku pernah jumpa sifat dia dalam diri seseorang.


kepada bf aku pulak, aku xrasa dia akan marah kalau aku nk kawan tapi cukup sekadar di laman sesawang sahaja. mungkin ramai juga yang sering kali cuba untuk rapat dengan aku namun aku tidak melayan n aku sering memberi alasan cukup sekadar di laman sesawang. bagi aku bf aku mempunyai 1perwatakan yang sememangnya mencabar diri aku. kerana sifat itu dan sikap itu membuatkan kau tidak perpaling pada orang lain. memang aku tidak menafikan bahwa dia mempunyai belbagai sifat yang aku tidak suka. tapi masih ada sikap baik dan cara dia melindungi aku. sikap baik itu sukar untuk aku temui dalam diri orang lain. tapi andai kata sekiranya dia tidak setia dan curang aku tidak akan teragak-agak untuk berpaling dan menyambut salam perkenalan dari sesiapa yang ingin mengenali diri.


sejak aku mengenali bf aku aku sudah tidak mempunyai teman-teman yang berlainan jantina dari aku. hanya seorang sahaja yang masih berhubung itu pun aku sudah jarang mendengar cerita dia sejak dia mempunyai keluarga.


kehidupan aku dirumah membuatkan aku tidak mempunyai kawan langsung. aku tidak mengenali sesiapa disini, aku tidak keluar rumah untuk melepak tidak tentu hala, cukup lah akau sudah merasa pengalaman itu sewaktu aku disekolah menengah. bf aku sering memberi cadangan untuk aku pergi mencari kawan disini dengan cara pergi naik moto pusing2 kawasan kampung. tapi itu bukan cara aku mencari kawan. aku lebih selesa dengan orang yang menegur aku dan jujur pada aku.


rugi pulak terlepas 1 kawan, tapi aku tidak boleh memaksa jauh lagi untuk berharap, andai kata aku mempunyai jodoh sebagai kawan aku pasti dia akan berkawan dengan aku.


bercakap soal jodoh pula, emak aku ada memberi tahu andai kata itu sudah jodah kita. lari lah kemana jua pasti dia akan dapat juga mencari kita.


so aku nak cakap dekat sini yang sesape sahaja yang diluar sana yang ditakdirkan untuk bertemu atau kita mempunyai jodoh pasti kita akan bersatu jua. biarlah takdir yang menentukan segalanya dan cubalah untuk menerima dengan hati yang terbuka...


sekian sahaja luahan hati yang terbuku, dengan meluahkan disini membuatkan saya rasa lega n ingin berkongsi rasa dengan sesiapa sahaja yang membaca.

No comments:

Post a Comment