Followers

Wednesday, 23 May 2012

penipuan


24/5/2012

Salam sayang Dannia Addriana...

Semalam aku ada terdengar kisah seorang wanita berusia 63tahun telah ditipu oleh seorang lelaki di laman cyber.  Sebagai manusia yang perihatin aku ingin memberi peringatan kepada kaum hawa diluar sana. Agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki yang tidak dikenali.

Pengajaranya.

1)      Jangan mudah untuk memberi no phone pada lelaki yang tidak dikenali.
2)      Jangan terlalu mudah sangat untuk berjumpa dengan mereka.
3)      Jangan membiarkan mereka mengawal atau menguasai kita.
4)      Kenali mereka dengan lebih lama, jangan mudah sangat percaya mereka kalau baru mengenali dalam masa beberapa hari.
5)      Cukup sekadar menjadikan mereka sebagai kawan dilaman sesawang sahaja.
6)      Lelaki mempunyai 9 akal untuk menjerat kaum hawa yang mempunyai 1 akal.
7)      Sedarilah kaum hawa bahawa lelaki yang sering memaksa untuk bertemu, mempunyai niat yang tertentu.
8)      Lelaki akan menjawab segala keraguan kaun hawa dengan point yang sangat padat dan bagus. Tak semestinya semua point itu benar.
9)      Biarlah lelaki menghina kamu asalkan kaum hawa tidak masuk kedalam jerat mereka.
10)  Beringat lah kamu, wahai kaum hawa bahawa kamu akan menjadi mangsa rogol sekiranya kamu tidak menjaga diri kamu dan sekiranya kamu tidak menghidari diri kamu dari mereka.
11)  Sedarkah kamu, wahai kaum hawa bahawa kamu akan menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi dan penguguran secara haram.
12)  Sedarkah kamu, wahai kaum hawa bahawa kamu menyebabkan lelaki terus bermaharajalela mengambil kesempatan pada kamu.

Maaf sekiranya ada yang terasa dan marah. Saya hanya ingin memberi peringatan sesame manusia.


Sila lah share untuk saling memperingati.

No comments:

Post a Comment